Haiiiii, harini firas join contest lagi. dan kali ni contest yang paling firas minat sebab hadiahnya yang cukup terlampau HEBAT bagi firas. sebab apa?
kerana firas jealous tengok cardigan orang lain semua lawa-lawa dan cantik-cantik. firas nak sangat kumpul cardigan banyak-banyak tapi tapiiiii duittt :'(
kekadang tu sampai mintak kawan punya sebab asyik-asyik pakai yang sama je. ehe sori tehaa.
okay di sini firas nak cerita kenapa firas minat sangaaaaaat dengan cardigan.
1. kalau pergi jalan, wajib kena ada cardigan. kenapa? sebab taknak tayang aurat lengan kalau baju tu lengan pendek. jadi jadi saya boleh la pakai baju dulu-dulu yang lengan pendek punya. ha kan tak membazir.
2. saya sangat suka sebab cardigan ni multi-purpose. boleh digunakan untuk bergaya dan boleh juga digunakan untuk menghangatkan badan. kalau tengok movie, takpayah risau sebab atas badan memang dah pakai cardigan. so rasa sejuk boleh dikurangkan plus layan cerita pun makin bertambah khusyuk.
3. adik-beradik saya semua kongsi cardigan yang sama. sampaikan mama pun guna cardigan kitorang. hehe mama terus perasan jadi muda nampak macam sebaya dengan kitorang. itu orang lain yang tegur. huh baru perasan boleh jadi awet muda rupanya kalau pakai cardigan!
4. kalau pakai baju kurung pun masih lagi sesuai pakai cardigan. contohnya pergi majlis rasmi. orang lain semua pakai blazer, tapi saya pakai cardigan. still menepati tatacara berpakaian. dan lagipun masih tetap lagi kelihatan sedondon begitu bersama orang lain yang pakai blazer. ha yang ni saya biasa pakai kalau pergi kuliah pidato.
5. kekadang kalau mama tetiba ajak keluar dan pada masa yang sama saya sedang berbaju tee lengan pendek, saya boleh terus sarung cardigan tanpa perlu menukar baju yang lain. oh ini sungguh sangat mudah dan cepat walau ketika emergency sekali pun.
lihat ketika di ice-rink, anda semua tidak akan kesejukan andai anda terjatuh :/
ketika bercuti, anda tidak perlu bawa baju yang terlampau banyak. cukup sahaja dengan baju tee biasa yang kebiasaannya dipakai di rumah dan kemudian sarungkan dengan cardigan. kelihatan santai bukan?
anda boleh ber-gambar macam ni bersama cardigan anda.
atau boleh terus dipakai seperti baju macam ni.
juga boleh dipakai bersama dress anda sambil ber-posing seperti itu
juga boleh dipakai bersama dress anda sambil ber-posing seperti itu
dan anda juga boleh ber-posing ala gedik macam ni bersama koleksi cardigan anda
pendek kata, cardigan ni terlampau banyak benefits-nya. dan setakat ni saya tak jumpa lagi kelemahannya. ia sangat mesra, mudah, cepat, jimat dan paling penting sekali kelihatan anggun bergaya. okay saya harap apa yang saya tulis ni sudah cukup ringkas sebab ini semua apa yang saya rasa ketika saya pakai cardigan. hehe maaf kalau saya ni macam ter-over sedikit sebab saya sangat teruja apabila tau contest ni, tak ini memang tulus dari hati saya apa yang saya rasa :D Well done tuan punya contest, saya harap saya telah memenuhi kesemua kriteria anddd good luck jua kepada peserta yang lain :)
tuan tnah dtg menjenguk..
ReplyDeletemacih join yep..
gud luck..=)
wah...sume pic comey2
ReplyDelete